Saturday, August 7, 2010

Mata dan Telinga

Di pepagi buta yg makin memberatkan pelupuk mata ini, pelbagai bunyik x mengenakkan gegendang boleh didengari. Sedari sblm majoriti penghuni blok2 Rafflesia lena diulit mimpi yg pelbagai, hinggalah slpsnye. Mataku ttp menancap di depan benda alah yg bisa dipanggil teknologi ni. Awal2 tue, ada dengar bunyi muzik rancak memenuhi segenap pelusuk luar tingkap bilik. Lepas tu pelbagai bunyi lagi menyusul. Sukar ditafsirkan dari mana sebenarnya punca bunyi tersebut. Baru kuingat, mungkin dari padang yg betul2 setentang dgn bilik aq ni kot. Sbb esok ada event kat situ. Tapi muzik yg mula2 kudengar tadi serasanya datang betul2 dari bilik tgkt bwh aq niey. Selalu hari2 sblm, ada jugak bunyi lagu, bunyi org menyanyi lah, bunyi org memunggah barang lah. Bila diusahakan mengintai, xde nampak sesape atau ape2 plak. Hurm, ah, baru sekejab tadi pula, boleh didengar bunyi kapal terbang merentasi atmosfera Puncak Alam. Selalunye roomate aq yg selalu nampak objek dikenali itu lalu-lalang, tapi tanpa bunyi, baik di siang hari, ataupun waktu malam. Tapi malam ini, deria dengarku ini tepat sekali mengatakan yang itu bunyi enjinnya, tak silap lagi. Tapi x pula kujenguk ke luar tgkp utk memastikan kesohehannye.

Setelah bait2 perenggan di atas slmt ditaip, hanya bunyi bilah2 kipas siling yg ligat berpusing sahaja dapat ditangkap deria telinga aq niey, yg saban hari kurasakan, makin kurang sifatnye. Bukan cacat ke apa, tapi seolah sebelah dari telinga aq niey x brp nk dgr lah... Alangkah baiknya kalau di sini ada perkhidmatan pemeriksaan telinga. Pemeriksaan mata percuma anjuran fakulti Optometris Puncak Alam adalah... Dan aq telah pun bertemu janji dgnnya. Temu janji atau x juga dipanggil sbg dating itu telahpun kuhadiri dgn jayanya, bertemankan roomate yg sntiasa memahami, dan kawan2 sekuliahnya. Aq disuakan kpd pelatih optometris lelaki. Tidak ku terkejut, kaget, mahupun berdebar. Saja je dan selamba mengharungi detik2 pemeriksaan mata di bilik khas. Aq mengikuti segala arahan tenangnya dgn teliti dan fokus. Sehingga sakit2 tulang leherku dibuatnye. Semburan angin pada mata juga tak ketinggalan. Untuk menge'check' tekanan pada mata, katanya. Oh, mata pun ada pressure ya, bukan setakat ada blood pressure, eye pressure pun ada. Alangkah malunya bilamana saat semburan itu dilakukan, aq semacam disentap arus elektrik, terjongket sedikit dari kerusi. Oh, malu~~ Paling tidak tahan, sepanjang prosedur yg memenatkan tu, x sepatah pun aq berbual dgnnye. Ditanya satu, dijawab satu. Almaklum sudah aq jenis yg begitu. Dicepatkan pemeriksaan ke atasku, rasanyalah. Sebab aq yg ke3 last dipanggil ke bilik, tup2 aq pulak yg 1st kluar. 2nd pulak my roomate. Disebabkan kami tiada mslh mata, krn itu kami dpt lepas awal. Aq pulak dah lambat utk k kelas tutorial. Maka terpaksalah aq meninggalkan roomate tersayang. Babai~~