Friday, April 25, 2008

Kejayaan Sekolah

Kejayaan Sekolah PDF Cetak E-mail


1) KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TERBAIK DI MALAYSIA 2005

2) SUBJEK BIOLOGY 4 TAHUN BERTURUT-TURUT TERBAIK SMKA MALAYSIA.

3) SUBJEK SYARIAH ISLAMIAH TERBAIK MALAYSIA 2006.

4) SUBJEK PRINSIP AKAUN, PENDIDIKAN AL-QURAN AS-SUNNAH TEMPAT KEDUA TERBAIK SMKA MALAYSIA.

5) ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHOLOGY TEMPAT KETIGA TERBAIK SMKA MALAYSIA.

6 ) HASANAH MAHMUD TOP 40 TERBAIK PMR 2007.

Misi & Visi


MISI SMKA TOK JIRING


Melahirkan insan berilmu dan mengamalkan cara hidup Islam yang cemerlang melalui pendidikan berkualiti bagi memenuhi aspirasi negara dan ummah

VISI SMKA TOK JIRING


SMKA Tok Jiring cemerlang menjelang 2010


Penubuhan

Penubuhan
PDF Cetak E-mail



Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah dibuka pada tahun 1953 dan diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abbas bin Mohammad dalam bentuk pengajian pondok dengan jumlah pelajarnya seramai 180 orang. Pelajaran yang diberikan adalah percuma .Para guru pula tidak dibayar gaji atau elaun dalam bentuk kewangan. Sebaliknya sumber kewangan sekolah pada masa itu datang dari sumbangan dan derma daripada masyarakat setempat.

Kemudian, pada tahun 1961, Kerajaan Negeri Terengganu mula menghulurkan bantuan kewangan terutamanya kepada guru. Selepas itu, pada tahun 1965, sekolah ini telah diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu. Sistem pengajian pondok pula ditukar kepada sistem sekolah agama dan arab yang ditadbir sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Seterusnya bermula pada 1 Januari 1977, sekolah ini telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan jumlah pelajarnya seramai 576 orang pelajar dan 15 orang guru.

Pada tahun 1982, sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah menengah gred A. Dalam sejarahnya selama 53 tahun, sekolah ini telah berkembang maju menjadi sebuah institusi yang terkemuka di Negeri Terengganu khasnya dan setanding dengan sekolah-sekolah yang terkemuka di Malaysia.

Kini, pelajarnya berjumlah 1350 orang manakala bilangan guru berjumlah 85 orang serta diterajui seramai 11 orang pengetua.

Pengasas

Pengasas PDF Cetak E-mail



Beliau lahir di Kampung Bukit Puteri, Kuala Terengganu hampir seabad yang lalu. Tambahan pula, beliau yang lebih mesra dengan panggilan To’ Guru Haji Abbas kerana kealiman yang diakui umum khususnya dalam bidang ilmu feqah yang merangkumi 4 mazhab iaitu mazhab Shafie, Maliki, Hanafi dan Hambali menerusi gerakan pendidikan pondok.

Seterusnya, beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Mohd bin Haji Hussein, Kuala Besut. Kemudian ketika berusia 14 tahun, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Mekah selama 8 tahun. Dari Mekah, beliau ke India menyambung pengajian di Universiti Al-Jamiah Al-Islamiah, Gujerat ketika berusia 22 tahun. Setelah pulang ke tanah air, 4 tahun kemudian beliau kembali ke Benua Kecil Hindi meneruskan pengajiannya di Universiti Darul Ulum Dioband selama 1 tahun pada tahun 1938.

Selain itu, beliau sentiasa berpegang kepada prinsip hidup mesti beramal, berbakti dan berkorban demi mencapai keredhaan Allah. "Ilmu wajib diperkembangkan demi kesejahteraan umat seluruhnya".
Prinsip itu telah dibuktikan oleh beliau dengan mengasaskan sebuah pondok di kampung kelahirannya yang diberi nama Jamiah Diniah. Bersama beberapa orang Ulama’ yang lain, beliau membuka sebuah pondok lain di Kampung Raja, Besut iaitu Madrasah Nurul Ittifaq, selepas itu beliau mengasaskan Darul Adib Al-Khursani di Kuala Besut.

Gerakan pendidikan dan dakwah tokoh ini tidak terhad di kawasan Besut sahaja, malah melewati sempadan Bukit Yong di Negeri Kelantan Darul Naim dengan membuka beberapa buah pondok mulai tahun 1945. Seterusnya, dari Kelantan beliau berhijrah ke Kuala Terengganu lalu mengasaskan pondok Tok Jiring yang terkenal itu pada tahun 1953 sehingga berkembang menjadi sebuah Sekolah Menengah Agama sehingga kerajaan negeri mengambil alih pentadbirannya pada 1962. Pada tahun 1976, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih pentadbirannya dan dinaik taraf sebagai sebuah sekolah menengah agama yang termoden di Terengganu pada masa itu.

Keistimewaan Tuan Guru Haji Abbas juga terserlah melalui beberapa hasil karya ilmiah dalam bidang keagamaan. Atas segala bakti itu, Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman telah mengisytiharkannya sebagai Tokoh Ulama’ dalam Majlis Sambutan Ma’al Hijrah tahun 1409. Pada 17 April 1989 DYMM Tuanku Al Sultan telah berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negeri Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Dato’ kepadanya.

Lanjutan daripada itu, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Terengganu bagi tahun 1990. Pada 16 Mei 1991, beliau sekali dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Nasional.

Begitu juga dengan keterlibatan beliau dalam politik yang pernah dilantik sebagai senator selama 6 tahun oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada awal tahun 60an.

Beliau mempunyai 15 orang anak. Salah seorang daripadanya yang telah meneruskan pendidikan pondok ialah Encik Abdul Aziz bin Haji Abbas. Pada 1 Julai 1997, beliau telah kembali ke rahmatullah.