| Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah dibuka pada tahun 1953 dan diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abbas bin Mohammad dalam bentuk pengajian pondok dengan jumlah pelajarnya seramai 180 orang. Pelajaran yang diberikan adalah percuma .Para guru pula tidak dibayar gaji atau elaun dalam bentuk kewangan. Sebaliknya sumber kewangan sekolah pada masa itu datang dari sumbangan dan derma daripada masyarakat setempat.
Kemudian, pada tahun 1961, Kerajaan Negeri Terengganu mula menghulurkan bantuan kewangan terutamanya kepada guru. Selepas itu, pada tahun 1965, sekolah ini telah diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu. Sistem pengajian pondok pula ditukar kepada sistem sekolah agama dan arab yang ditadbir sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Seterusnya bermula pada 1 Januari 1977, sekolah ini telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan jumlah pelajarnya seramai 576 orang pelajar dan 15 orang guru.
Pada tahun 1982, sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah menengah gred A. Dalam sejarahnya selama 53 tahun, sekolah ini telah berkembang maju menjadi sebuah institusi yang terkemuka di Negeri Terengganu khasnya dan setanding dengan sekolah-sekolah yang terkemuka di Malaysia.
Kini, pelajarnya berjumlah 1350 orang manakala bilangan guru berjumlah 85 orang serta diterajui seramai 11 orang pengetua. |
No comments:
Post a Comment