Sunday, July 25, 2010

Mid Sem Break - Sem 1

Cuti seminggu, balik pada 16 Julai 2010,

16 Julai 2010
Tiket bas naik di Shah Alam. Punyalah jauh, siap tukar2 bas, terpaksa beli kad TnG lagi. Padahal bas jugak singgah di Klang Sentral yg jauh lebih dekat dgn Puncak Alam. Hai, dugaan!

17 Julai 2010
Sampai rumah di subuh hari. Pukul 7 terus bertolak ke Sekayu Waterfall. Best lama x jumpa air :P Mandi hingga ke tgh hr, sambung pula di waktu ptg. Mulanya berhajat bermalam di situ. Oleh krn keadaan rumah tumpangan yg x m'izinkn, ditambah lgi ketiadaan jiran tetangga, terus terbantut niat. Pukul 10 mlm, bertolak pulang dlm keadaan hujan lebat sepanjang jln.

18 Julai 2010
Hari rehat sedunia. Lupa apa yg berlaku di siang hari. Mlm tu, kwn ada ajak cari ketam keesokkannya, dgn segala hormatnya kumenolak twrn e2 krn mak sedara pun ada ajak nak pegi malam esok. Katanya malam lagi sesuai dan lagi syok. Mlm ni dihabiskan dgn melahap durian segar dari kebun tok sedara di Kelantan. Ada jgk yg dibuat tempoyak.

19 Julai 2010
B'day si angah Amni Arifah. Epy burfday tu yu ^_^. Berlaku tragedi ayam panggang. Diganti dgn kenduri pulut durian. Malas nak bicara lebih panjang. Hari ni sempat main PS2 sekejab, sekejabb sgt, x puas lgi!

20 Julai 2010
Seperti biasa tdo di pagi hari. Hari ni hari Isnin. semua dah ke sekolah. Hajat ke pantai ditunda ke malam ni, sebab esok sekolah2 di Trg cuti. Hari Keputeraan Agong kalau x silap. Maka petang tu dihabiskan dgn memasak bekal utk dibawa nanti. Ada mi goreng, nasi goreng, dan jus Sunquick. Menjelang maghrib, hujan la pulak. Air pantai semestinya bergelora. So program yg dirancang x menjadi.

21 Julai 2010
Siang hari tentulah membuta. Malam pulak melawat sepupuku yang bru lahir, Adam Firdaus. Kawaii, mempunyai pipi tembam yg sgt suka dicubit2, haha. Muka pulak mcm pompuan :P

22 Julai 2010
Pagi ni tido lagi. Pada malamnya, pegi shopping sakan di Giant n Mydin. Beli pakaian n alat tulis. Diselitkan dgn Sony Ericsson S312 baru, he he.

23 Julai 2010
Kesilapan mata memandang. Tiket bas adalah pd 24/07/2010, bukannya 23/07/2010. Fuhh, ada masa lagi. Hari ni dihabiskan dgn wat keje Math. x byk pun yg berjya disiapkan. Hah?! Kali pertama aq sentuh buku sejak balik hari tu!!! Oh, betapa x sedarnya masa berlalu....

24 Julai 2010
Hari ni masakan special, mi bandung. Sejak duduk rumah seminggu, berat badan meningkat 1.5kg. Ah, giler! Hari ini sgt serabut dan menggelabah sekali. Sebab aq ni jenis yg x pandai simpan brg, simpan pulak last minute. Kecoh giler! Terkejar-kejar ke sana ke mari, main ambil je mana yang sempat. Teringat pulak masa 1st tyme dtg Puncak Alam. Pun macam ni. Hish, x ubah2!

25 Julai 2010
Selamat tiba di Kolej Rafflesia, Kampus Puncak Alam yg 'dirindui', :P. Bila masuk pekarangan kolej, nampak je bangunan asrama tersergam indah, alah baru kuteringat, kunci rumahku mana??? AAAAARRRRRRGGGGGHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
TERTINGGAL DI TERENGGANU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA, GILA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ini padah orang yang bersiap last minute. Padan muka! Mujurlah ada kawan sedia membantu, berikan daku tempat berteduh seketika. Kalau tak, merempat lah daku di atas tangga, sebab tadi pintu rumah berkunci, maknanya ada orang di dalam. Tapi x tau la pulak siapa. Roomate pulak hanya pulang lepas Asar. Oh, betapa bodohnya diriku ! ! !

No comments:

Post a Comment